Puyu Buntal™

Malaysia Most Favourable Online Portal

Gambar Viral Ferrari Ranap Bukan Milik Zizan Razak



Berita mengenai pelawak Zizan Razak yang terlibat dengan kemalangan sudah menjadi pertanyaan ramai apabila ia mula menjadi viral di media sosial. Pelbagai spekulasi  mula timbul termasuklah laporan mengatakan kereta Ferrari kuning milik beliau ranap teruk di Putrajaya.

Ekoran daripada penyebaran foto tersebut, peminat Zizan menginginkan kepastian apakah keadaan terkini beliau dan punca kemalangan itu berlaku.
Namun, pengurus Zizan  telah tampil menjelaskan bahawa segala laporan mengenai kemalangan tersebut di Internet adalah tidak sahih. Kereta Ferrari kuning beliau tidak ranap seperti yang digembar-gemburkan dan hanya terbabas sikit serta mengalami kerosakan kecil sahaja.
Zizan juga dikhabarkan tidak cedera teruk dan masih boleh menjalani penggambaran sebuah drama dengan keadaan sihat walafiat.
Berikut penjelasan daripada pengurus beliau:



ADA SEGELINTIR PENDEKAR DI LAMAN SOSIAL YANG MEMUAT TURUN GAMBAR TENTANG KEMALANGAN MELIBATKAN ZIZAN RAZAK PETANG SEMALAM.. GAMBAR & ARTIKEL ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI.. KERETANYA TERBABAS SEDIKIT & HANYA KEROSAKAN KECIL YANG BERLAKU.. BUAT PENGETAHUAN SEMUA, DIA SIHAT WALAFIAT & SEDANG MEMBUAT PENGAMBARAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR.. TQ SEMUA YANG AMBIL BERAT. #inibenar#janganbuathal #ztf #kualalumpur #ANGINCINTA#malaysia
Alhamdullilah semuanya tidak apa-apa. Bukan apa ramai sebenarnya yang sayang dan prihatin terhadap keadaan Zizan Razak sebab itu mereka tertanya-tanya dan ingin mendapatkan cerita mengenainya. Anggap sahaja dugaan kecil ini sebagai peringatan untuk menjalani kehidupan lebih baik selepas ini.


0 Komentar untuk "Gambar Viral Ferrari Ranap Bukan Milik Zizan Razak"

 
Copyright © 2014 Puyu Buntal™ - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info