Puyu Buntal™

Malaysia Most Favourable Online Portal

MISTERI: KENAPA SPENDER LELAKI DIJUAL DALAM KOTAK & WANITA PULA BERSELERAK?



Membaca tajuk post ini saja sudah membuatkan kita tercari-cari apakah jawapan bagi persoalan misteri ini. 

Namun, satu soalan ini saja mempunyai banyak jawapannya. Sama ada logik akal ataupun tidak, anda perlu menerima hakikat bahawa itulah jawapannya, okay?

Anda sudah sedia untuk jawapannya? Baiklah.

1. Marketing Strategy

- Jika seluar dalam lelaki dijual secara berselerak, lelaki akan membeli sehelai sahaja. Ini kerana sepasang seluar dalam sudah mencukupi bagi lelaki (Hahaha). Kalau dijual sekotak, nak tak nak mereka kena beli 5 helai dengan harga 5 helai.

- Jika seluar dalam wanita dijual dalam kotak, perempuan akan beli sekotak sahaja kerana satu kotak ada pelbagai pilihan warna. Tetapi jika dijual berselerak, wanita mempunyai skop pilihan yang amat luas dan merasa 5 helai pun belum tentu cukup.
2. Memilih

- Wanita lebih suka memilih sebelum membeli. Manakala lelaki terus beli dengan hanya melihat saiz yang tertera di kotak.
3. Warna & Ciri-Ciri Seluar Dalam

- Selain dari warna, tiada apa ciri-ciri seluar dalam yang hendak diambil kira oleh kaum lelaki.

- Jika seluar dalam wanita diletakkan dalam kotak, habis semua kotak akan dibuka dan ini akan mendatangkan amarah pada tauke kedai.
4. Pemalu
- Sebenarnya kaum lelaki adalah pemalu. Jadi kotak itu melambangkan bahawa lelaki mempunyai sifat malu yang amat tinggi berbanding wanita? (Huh? Boleh terima ke?)

Keempat-empat jawapan ini mempunyai kadar LIKE yang tinggi di Facebook. Anda lebih setuju dengan jawapan yang mana? 
0 Komentar untuk "MISTERI: KENAPA SPENDER LELAKI DIJUAL DALAM KOTAK & WANITA PULA BERSELERAK?"

 
Copyright © 2014 Puyu Buntal™ - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info